Saturday, November 14, 2009

Maafkan diri ini...



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak
dapat mengawal
kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil
sahaja. Pada suatu
hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni
paku. "Untuk apakah
paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap
kali kamu marah,
kamu
pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi
melepaskan
kemarahan mu"
jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda
itu telah memaku
sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa
minggu,
setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah
paku yang digunakan
juga
berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah
mengawal kemarahannya
dari
memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya
tibalah pada
suatu
hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali
pun. Dia pun
memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan
gembira. Bapanya
mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali
paku itu satu
persatu,
pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari
berganti hari, dan
akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda
tersebut
lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya
dengan bangganya.
Bapanya
lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan
berkata "Kau telah
melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah
kesan lubang-lubang
di
tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan
sama lagi seperti
sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
sesuatu ketika
marah,
ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama
seperti ini. Kau
boleh
menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi
ingatlah, tak
kesah
berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatam mu, namun
lukanya
masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari
luka fizikal.
Sahabat
adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan
kamu ketawa dan
menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah
seorang pendengar,
berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya
kepada kita.


Maafkan
saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan
berlubang di dinding hati
anda....

No comments:

Post a Comment