Saturday, March 20, 2010

Bermulanya episod baru dalam hidup ku...

maaf lama tidak mengunjungi blog aku ini...
entah mengapa aku pun tidak mengetahuinya...
doa2kan aku dapat kekuatan dan mempunyai masa untuk terus mencoretkan nulikan di sini...

Wednesday, December 16, 2009

Jika Aku Jatuh Hati

Jika Aku Jatuh Hati

SUKARNYA MENCARI KEKASIH YANG SETIA


Bukan senang untuk mendapat kekasih yang setia
Boleh bersama waktu susah dan senang
Diwaktu kita merasa keseorang, dia menemani kita
Di waktu dukacita dan gembira
Boleh memberi pertolongan sebelum diminta,
Kerana faham masalah pasangannya,
Apatah lagi apabila diminta,

Waktu sakit diziarahi,
Diwaktu mendapat nikmat, dia melahirkan kegembiraan,
Kesusahan pasangannya, kesusahannya,
Kesedihan pasangannya, kesedihannya,
Keluarganya dijaga dan di ambil berat tentang kehidupnnnya
Maruah kekasihnya dan keluarganya amat dijaga,
Ia merasakan maruah dirinya juga

Apabila menerima sesuatu yg baru, dia tidak akan melupakan kita,
Apabila melakukan kesilapan,
Dia sanggup memohon kemaafan dan mengakuinya…
Yg paling utama,
Apa bila kita mempercayainya,
Jgn diragut kepercayaan itu dengan penipuan kerana tidak pernah seseorang itu tidak mempercayai kekasihnya…
Kejujuran merupakan asas dalam perhubungan...
Melalui kata-kata kita mampu melihat sama ada sidia menipu atau tidak…

Aduh, mana hendak dapat kekasih yg begitu pada waktu ini
Macam kita gambarkan tadi,
Aku memohon ampun kepada Tuhan
Kerana tidak sekali utk membezakan kasihNya dengan kasih di dunia…
Aku mengharapkan suatu hari nanti muncul si dia yg benar2 memahami diri ini…

Friday, November 27, 2009

SLMt Hari Raya


Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya kepada semua... buat pertama kali, aku hanya memberikan ucapan selamat hari raya khas utk semua tanpa ditujukan khas kepada sesiapa... maklumlah, aku kini kembali keseorangan... doa2kan lah ye aku dpt mengharungi dugaan ini disamping diketemukan dengan insan yang benar2 memahami diri aku... lagi2 la ni raya korban kan, aku rasa ini lah masanya apa yang aku ada sebelum ini kena dikorbankan, biarkan ianya berlalu... sebab segala pengorbanan aku selama ini rupanya tidak dihargai dan difahami oleh si dia... tlg kepada yg membaca doakan kesejahteraan aku hendaknya dan aku juga mendoakan sidia agar baik dengan pilihan yang dia buat... apa2 pun selamat ari raya ok...

Wednesday, November 25, 2009

Maaf lama tak Update...

Slm... sorry ar semua, lama aku dah tak update aku punye blog ni... entah lah, macam2 masalah aku hadapi kali ni... ye lah, pas aku habis bjar kat Up-c ni, nak kena kemas2 umah... letihnya kena kemas umh... ada tak sape2 nak tlg... ;) hehehe

masalah aku dgn sidia... aku pun tak tau lah dgn dia ni. skrg ni tak ada benda yg leh dibincang dengan dia. semuanya slh bagi dia. aku bukannya buat kptsn ikut ati aku je... sebab aku syg dia lah aku buat semua benda ni... aku cube buat yg terbaik untuk dia. tapi dia tak hargai pun apa yang aku buat, sedih... bile aku ckp, mst dia tak leh terima, cam tak leh dah nak terima apa yg aku kata. dia anggap aku buat semuanya tak kena dengan apa yang dia buat. tp aku buat itu semua untuk aku dan dia... tp... kalau dia syg aku, kita tgk lah cam ner... dia akan dtg bincang dengan aku... tap jika tiada. maksudnya tak ada jodoh lah antara kita...

Saturday, November 21, 2009

MUlanya episod baru dlm dunia ku...

hari ni mulanya episod baru dlm dunia aku...
impian selama ini kini menjadi kenyataan yang mana aku benar2 telah menamatkan pembelajaran aku di UPSI... entah bila lah aku akan kembali menjejak kaki di Tanjong Malim... rasa bagai tak percaya yang aku telah menamatkan pembelajaran di sana... (perasaan ni...? entah lah susah nak gambarkan cam ner) apa2 pon thanks UPSI n kawan2 yang byk meninggalkan kenangan kepada aku...

Monday, November 16, 2009

Akhirnya Aku merdeka...

Hari ini bermulanya aku menyambut kemerdekaan terhadap keperitan minggu exam di upsi... hehehe (MERDEKAAAAAAAAAAAAA)... terus terang aku rasanya exam kali ni merupakan exam yang buat pertama kalinya aku rasa berdebar time nk p jwb... entah ar, mungkin sebab exam last aku kat sini. tp alhamdulillah, aku dpt jwb semua exam aku dengan penuh yakin biarpun esok nak exam mlm 2 baru nk bace... (biasa lah budak laki lah katakan). tp Entah ar, aku tak dpt nak simpulkan cam ner perasaan aku yang sebenarnya... ye lah, semuanya ada dlm diri ni, perasaan Merdeka, gembira sebab dah hbis exam, kadang2 sedih pun ada. ye lah ni exam yang terakhir yang aku amik di Upsi... meklumlah, pasni aku dah tinggalkan Upsi ni. cam x cye aku akan meninggalkan Upsi... tp x pe ar, nanti aku citekan pasal Upsi k, aku nak rehat gile2 mlm ni past beberapa hari kepala aku dibebani oleh exam dan mslh dengan... hehehe.